Monday, 3 October 2016

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, KMNS

Bismillahirrahmanirrahim


#kmnsdihatiku#

"KAMI MENJANA NILAI DAN SKOR"

Baiklah, untuk entri seterusnya saya akan berkongsi kepada anda semua kolej di mana saya sedang menuntut ilmu iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, KMNS :)

Untuk makluman semua, KMNS merupakan salah satu kolej matrikulasi yang berada di 'ranking' ketiga teratas dan saya pasti sesiapa sahaja yang telah mahupun bakal menjejakkan kaki di sini akan merasakan bangga kerana menjadi salah seorang warga KMNS.

 KMNS menawarkan 3 aliran iaitu,

  • Aliran Sains PST (Program Satu Tahun)
  • Aliran Sains PDT (Program Dua Tahun)
  • Akaun


 KMNS juga menawarkan kemudahan yang kondusif untuk para pelajarnya.

Antaranya ialah,

OSC ataupun One Stop Centre merupakan tempat tumpuan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran ataupun mencari maklumat kerana di kawasan ini disediakan Wi-Fi yang memudahkan para pelajar menggunakan Internet untuk mencari maklumat.

Di KMNS terdapat tiga blok (A,B,C) dimana dua blok (A,C) dikhaskan untuk pelajar perempuan manakala satu blok (B) untuk pelajar lelaki. Setiap blok dibahagikan kepada 5 blok iaitu A1 A2 A3 A4 A5, begitu juga untuk blok B dan C. Setiap Blok mempunyai 4 aras dan setiap aras memiliki 14 bilik dimana didalam setiap bilik mempunyai 4 orang penghuni.




Laboratory




Gambar diatas menunjukkan kawasan makmal yang biasa digunakan untuk pelajar menghadiri kelas amali mahupun kelas tutorial. Bangunan makmal mempunyai 4 tingkat yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu untuk Makmal Biologi, Makmal Kimia dan Makmal Fizik. Kesemua makmal itu ditempat hanya pada satu bangunan sahaja.

Perpustakaan Za'ba yang terletak di tingkat dua





Mustahil jika sesebuah institusi pengajian tidak mempunyai tempat untuk menimba ilmu pegetahuan. Di KMNS, Perpustakaan Za'ba merupakan tempat untuk para pelajar menghabiskan masa yang terluang untuk membaca ataupun mengulang kaji pelajaran. Kemudahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan kepada pelajar sangatlah  menyelesakan.


Image result for court tennis kmns
Gelanggang Tennis

Sesiapa yang mempunyai hobi ataupun berminat untuk bermain tennis, anda tidak perlu risau. Kerana pihak kolej juga menyediakan Gelanggang Tennis untuk para pelajar beriadah pada waktu petang. Waktu petang selepas berakhirnya waktu pembelajaran di sini sangat menyeronokkan. Kerana anda dapat melihat para pelajar mengisi masa petang mereka dengan beriadah. Pada waktu ini, tidak kira anda seorang 'Senior' mahupun 'Junior', tidak kira anda, daripada Modul 1,2 ataupun 3, tidak kira anda daripada jurusan Sains ataupun Akaun, kita akan bersama-sama menghabiskan masa, beriadah dan menghilangkan tekanan setelah sepanjang hari mentelaah buku.



 
Image result for surau kmns
Surau Al-Mutaqqin
Image result for gelanggang skuasy kmns
Gelanggang Skuasy
 
Baiklah, saya rasa cukup sampai sini sahaja saya berkongsi kepada anda semua mengenai KMNS. Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar di KMNS, anda boleh melayari Internet ataupun melawat sahaja Portal KMNS.
*Moga Allah redha*

No comments:

Post a Comment