Monday, 26 September 2016

Tentang Aku, Si Penulis Blog.

04hb Oktober 2016

Bismillahirrahmanirrahim


Baiklah, pertama sekali saya ingin perkenalkan anda semua kepada pemilik blog ini
Nama diberi Nur Amelia Atika binti Mazlan. Dilahirkan pada 23/122/1998 di Hospital Daerah Banting yang terletak di Selangor Darul Ehsan. Saya asal dari Selangor cuma sekarang merantau ke negeri orang untuk menimba ilmu Sedang menuntut ilmu di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dalam jurusan Sains. Alhamdulillah, sedang berjuang untuk mengakhiri semester 1 di KMNS. Saya anak kedua daripada tiga orang adik beradik iaitu yang mana semuanya adalah perempuan
Baiklah, saya rasa cukup itu sahaja tentang diri saya.

Mari berkenalan pula dengan keluarga tersayang saya

 
Mazlan's Family

 
Nama ayah saya ialah Mazlan bin Miskhan yang pada tahun ini umur beliau telah menjangkau 51 tahun. Walaupun umur telah meningkat, namun ayah masih gagah perkasa dan tetap menjadi ‘Hero’ untuk kami sekeluarga Ayah kini bekerja di SimeDarby sebagai pekerja am. Dulu, ayah bekerja di kilang Bridgestone sebelum kilang itu terpaksa ditutup atas alasan yang tertentu. Sejak dari itu, ayah terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menyara kami sekeluarga memandangkan mama merupakan suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah, ayah masih mampu menyara kami sekeluarga sehingga sekarang.

Kalau kita semua mempunyai panggilan tertentu untu seorang ibu, begitu juga saya. ‘Heroin’ dalam hidup saya ialah mama saya sendiri iaitu Jumaliyah binti Lanang Mama berumur 42 tahun tapi masih kuat dalam melakukan kerja rumah walaupun pada beberapa tahun yang lepas mama terpaksa melakukan pembedahan membuang ketumbuhan di rahim. Alhamdulillah, selepas pembedahan, mama telah sihat seperti sedia kala dan telah menjadi suri rumah sepenuh masa.

Saya mempunyai seorang kakak dan juga adik. Kakak saya bernama Nur Syakirah Izzati binti Mazlan yang kini berumur 19 tahun. Sedang melanjut pelajaran di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad dimana pada tahun ini merupakan tahun akhir untuknya sebelum memperolehi diploma dalam jurusan kulinari. Semoga dia dipermudahkan ketika menjawab soalan peperiksaan nanti Adik saya pula bernama Nur Aisyah binti Mazlan yang kini sedang menuntut ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra di Tingkatan 3. 

Tahun ini merupakan tahun dimana dia akan menghadapi PT3 Ya, tahun ini merupakan tahun yang sangat ‘berat’ untuk kami tiga beradik di mana kakak akan menghadapi peperiksaan untuk tahun terakhirnya di Kolej Vokasional, saya pula akan menghadapi PSPM di KMNS dan adik akan menghadapi PT3. Semoga kami semua dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan nanti



Saya rasa cukup sampai sini sahaja tentang diri saya dan keluarga saya. Saya harap anda semua telah mengenali serba sedikit tentang penulis blog ini dan keluarganya



*Moga Allah Redha*

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment