04hb Oktober 2016
Bismillahirrahmanirrahim
Baiklah, pertama sekali saya ingin perkenalkan anda semua kepada pemilik blog ini
Nama diberi Nur Amelia Atika binti
Mazlan. Dilahirkan pada 23/122/1998 di Hospital Daerah Banting yang
terletak di Selangor Darul Ehsan. Saya asal dari Selangor cuma
sekarang merantau ke negeri orang untuk menimba ilmu
Sedang menuntut ilmu di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dalam
jurusan Sains. Alhamdulillah, sedang berjuang untuk mengakhiri
semester 1 di KMNS. Saya anak kedua daripada tiga orang adik beradik
iaitu yang mana semuanya adalah perempuan
Baiklah, saya rasa cukup itu sahaja
tentang diri saya.
Mari berkenalan pula dengan keluarga tersayang
saya
 |
Mazlan's Family
Nama ayah saya ialah Mazlan bin Miskhan
yang pada tahun ini umur beliau telah menjangkau 51 tahun. Walaupun
umur telah meningkat, namun ayah masih gagah perkasa dan tetap
menjadi ‘Hero’ untuk kami sekeluarga
Ayah kini bekerja di SimeDarby sebagai pekerja am. Dulu, ayah bekerja
di kilang Bridgestone sebelum kilang itu terpaksa ditutup atas alasan
yang tertentu. Sejak dari itu, ayah terpaksa mencari pekerjaan lain
untuk menyara kami sekeluarga memandangkan mama merupakan suri rumah
sepenuh masa. Alhamdulillah, ayah masih mampu menyara kami sekeluarga
sehingga sekarang.
Kalau kita semua mempunyai panggilan tertentu untu
seorang ibu, begitu juga saya. ‘Heroin’ dalam hidup saya ialah mama saya
sendiri iaitu Jumaliyah binti Lanang
Mama berumur 42 tahun tapi masih kuat dalam melakukan kerja rumah
walaupun pada beberapa tahun yang lepas mama terpaksa melakukan
pembedahan membuang ketumbuhan di rahim. Alhamdulillah, selepas
pembedahan, mama telah sihat seperti sedia kala dan telah menjadi
suri rumah sepenuh masa.
Saya mempunyai seorang kakak dan juga
adik. Kakak saya bernama Nur Syakirah Izzati binti Mazlan yang kini
berumur 19 tahun. Sedang melanjut pelajaran di Kolej Vokasional
Sultan Abdul Samad dimana pada tahun ini merupakan tahun akhir
untuknya sebelum memperolehi diploma dalam jurusan kulinari. Semoga
dia dipermudahkan ketika menjawab soalan peperiksaan nanti
Adik saya pula bernama Nur Aisyah binti Mazlan yang kini sedang
menuntut ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra di Tingkatan 3.
Tahun ini merupakan tahun dimana dia akan menghadapi PT3
Ya, tahun ini merupakan tahun yang sangat ‘berat’ untuk kami tiga
beradik di mana kakak akan menghadapi peperiksaan untuk tahun
terakhirnya di Kolej Vokasional, saya pula akan menghadapi PSPM di
KMNS dan adik akan menghadapi PT3. Semoga kami semua dipermudahkan
untuk menjawab peperiksaan nanti
Saya rasa cukup sampai sini sahaja
tentang diri saya dan keluarga saya. Saya harap anda semua telah mengenali
serba sedikit tentang penulis blog ini dan keluarganya
*Moga Allah Redha*
Assalamualaikum
|